Langkau ke kandungan utama

IKEA Malaysia kini 25 tahun!

Meraikan tonggak kejayaan dengan menyumbang balik kepada masyarakat serta mengangkat keunikan warisan budaya Malaysia menerusi kerjasama dengan pelukis tempatan.

Kenali Pelukis Kami

Dewangga etnik Malaysia kaya dengan unsur kepelbagaian budaya. Logo "MY IKEA" direka bentuk dengan membawa dua maksud MY mewakili Malaysia dan MY jenama kelengkapan rumah kegemaran anda. Bagi memperingati ulang tahun ke-25 sebagai salah satu gedung kegemaran ramai di Malaysia, kami telah bekerjasama dengan dua pelukis setempat yang berbakat iaitu Fritlilldea dqn Asyikin Abdullah bagi meraikan warisan kita yang berwarna-warni dan sarat dengan kreativiti.

Fritilldea yang telah menempah nama di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur merupakan seorang pelukis jalanan dan illustrator yang sedang meningkat naik. Gayanya yang abstrak dan riang menunjukkan sikap optimisktiknya terhadap kediamannya, manakala reka bentuk MY IKEA-nya mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia yang harmoni. Lambang “MY” Fritilldea mengadunkan keindahan Semenanjung Malaysia dan Borneo, dua bahagian yang melahirkan Malaysia. Juga, jangan ketinggalan untuk menghayati reka bentuk eksklusifnya yang berupa tangga yang menuju kepada kemungkinan yang berbeza-beza dalam kehidupan. Bunga Raya, Bunga Kertas, Orkid, Alamanda kuning, Bunga Kantan, Rafflesia, Periuk Kera dan Bunga Pagoda ialah antara bunga-bunga yang indah yang dijalinkan bersama-sama dalam elemen Batik. 

Asyikin Abdullah ialah seorang pelukis mural dan illustrator baharu yang menjadi perintis kepada pelukis perempuan setempat. Reka bentuk untuk MY IKEA meraikan warisan Malaysia juga Sweden yang menjalinkan bersama-sama ukiran kayu tradisional, corak batik berona merah daripada Malaysia serta biru, hijau pekat dan kuning daripada dewangga Scandinavia. Lambangnya pula memaparkan burung enggang Malaysia dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Raya dan Rafflesia direka bentuk dengan gaya kesenian rakyat Scandinavia.


Tahniah kepada semua pemenang!

Klik pada sepanduk untuk melihat senarai pemenang dan reka bentuk mereka yang menakjubkan.

Kami bersama dengan Fritilldea dan Asyikin Abdullah, telah memilih 100 reka bentuk teratas yang menampilkan keharmonian warisan dan budaya unik Malaysia dengan begitu baik sekali. Setiap pemenang akan menerima IKEA Gift Card RM250, dan anda akan kami hubungi untuk mengambil hadiah tidak lama lagi. Kami telah menerima lebih 1,500 penyertaan sepanjang tempoh pertandingan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyertai pertandingan kami dan turut sama menjayakannya!

Klik di sini untuk melihat semua penyertaan


Beli dan Sumbang! Beri balik 25%  

Sebagai tanda terima kasih kami kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang berterusan sejak 25 tahun yang lalu, dari 16 – 27 September, IKEA telah menawarkan diskaun 25% ke atas produk terpilih. Sambutan yang kami terima amat menggalakkan dan kini 25% daripada hasil jualan yang mencecah RM100,000 ini akan disalurkan kepada badan kebajikan dan persatuan yang memerlukan.

Hasil jualan akan digunakan bagi membantu pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak, serta membangkitkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dan menyantuni komuniti kurang berkemampuan. Antara penerima sumbangan 25% ini termasuk:

Teach For Malaysia
Teach For Malaysia ialah organisasi bukan untuk keuntungun dengan misi untuk menyediakan peluang kepada semua kanak-kanak di Malaysia bagi memperoleh pendidikan yang cemerlang. Ia percaya bahawa pendidikan dan masa hadapan seorang kanak-kanak seharusnya tidak ditentukan oleh keadaan hidup, justeru mereka merekrut generasi  bakal pemimpin yang meningkat dewasa ini, untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi oleh komuniti kita hari ini.

Malaysian Mental Health Association
The Malaysian Mental Health Association (MMHA) ialah organisasi bukan untung yang ditubuhkan pada 1968 dengan visi untuk membangunkan sebuah negara yang mementingkan kesejahteraan mental dengan mereka yang mempunyai keadaan kesihatan mental dibantu dan menjalani kehidupan sempurna, bebas daripada stigma dan diskriminasi. MMHA berdedikasi dalam menggalakkan kesejahteraan mental dan membantu mereka dengan keadaan kesihatan mental serta penjaga mereka melalui peruntukan perkhidmatan, pembelaan, pendidikan, latihan dan penyelidikan. Sejak penubuhan perkhidmatan sokongan psikologi MMHA iaitu The Mind Hub pada 2019 hingga kini, kira-kira 2,000 klien telah memperoleh manfaat daripada 5,000 sesi terapi psikologi yang telah diadakan.

Women Of Will
Women Of Will (WOW) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengubah kehidupan wanita yang tidak bernasib baik dan komuniti mereka melalui pembiayaan kredit mikro yang digabungkan dengan Program Pembangunan Keusahawanan. Golongan wanita yang tidak bernasib baik ini diklasifikasikan sebagai Ibu Tunggal, Janda, Wanita yang Diabaikan dan Wanita dengan Suami yang Tidak Berupaya yang hidup dalam kemiskinan dan ketidaktentuan, mengharungi kehidupan harian dengan penuh kepayahan. Berlandaskan objektif antarabangsa juga negara dalam menghapus kemiskinan, usaha WOW turut menyokong pelbagai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutama sekali Sifar Kemiskinan; Kerja yang Memuaskan dan Pertumbuhan Ekonomi; serta Bandar raya dan Komuniti Mampan.

SUKA Society
SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan demi melindungi dan menjaga kepentingan kanak-kanak. Antara usaha kami dalam kalangan kanak-kanak yang dipinggirkan dan terdedah pada bahaya ialah menumpukan perhatian terhadap pemulihan wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan melalui program terapuitik kami, menyediakan penempatan komuniti dan pengurusan kes bagi kanak-kanak yang tanpa penjaga dan terpisah serta mewujudkan akses yang lebih baik kepada pendidikan untuk kanak-kanak orang Asli melalui program empowered2teach kami.